Monday, July 21, 2008

Dua pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serantak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu-satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan pergerakkan kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir dimasukkan dalam kampung kosong di kampung sendiri atau lawan dan pemain haruslah berhenti, jikalau buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak dimana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu matim disitu sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh di isi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Y9:10 PM

Monday, July 14, 2008


Asal usul permainan congkak tidak ada kepastiannya, tetapi permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kita tidak begitu pasti samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain lagi. Hanya dua pemain sahaja yang diperlukan untuk bermain permainan ini. Oleh kerana, permainan congkak ini di sebarkan keseluruh masyarakat Melayu kita tak kira lah di negera ini mahupun di negera lain, ia telah mempunyai pelbagai-bagai nama yang berlainan. Contohnya di Filipina disebut sebagai sungka, di Srilanka ia disebut sebagai cangka, di Thailand pula tungkayon dan pelbagai-bagai lagi panggilan yang diberikan kepada permainan congkak ini mengikut negara masing-masing. Congkak berasal dari Timur tengah, yang menyebar di Asia Tenggara, terutama di kerajaan Melaka melalui dunia pendagangan. Pada masa kesultanan Malaka pada abad ke 15, permainan ini berkembang dan hanya dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja sahaja. Selain kerabat istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu, misalnya kelompok nelayan atau petani saja. Pada masa lalu permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang memiliki status yang sama. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau diganti oleh kekuasaan penjajahan Belanda, rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana terutama dengan puteri-puteri raja. Sekarang permainan ini bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik masyarakat Melayu dan yang kemudiannya menjadi salah satu permainan rakyat melayu.

Y9:38 PM

skyward
greeting message, hit counter or whatever.

her
about you!

destined
  • what
  • I
  • want


  • speak
    CBOX. leave a tag?

    take off
    ♥link
    ♥link
    ♥link
    ♥link
    ♥link


    reminisce
    June 2008
    July 2008


    credits
    1 2 3 4