Dua pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serantak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu-satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan pergerakkan kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir dimasukkan dalam kampung kosong di kampung sendiri atau lawan dan pemain haruslah berhenti, jikalau buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak dimana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu matim disitu sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh di isi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.